web widgets

Thursday, 14 November 2013

MARI KE WET WORLD RESORT AIR PANAS PEDAS

PUBLISHED SEPTEMBER 19, 2013 BY ADRA217
Di hadapan pinta masuk merangkap kaunter tiket
Di hadapan pinta masuk merangkap kaunter tiket
Sempena Hari Malaysia 16 September sudah, kata Daddy nak mengajak pergi ke satu tempat bermandi-manda. Kata Daddy lagi, kebetulan lokasi yang ditujui ini satu jalan untuk pulang ke Kuala Lumpur, kebetulan kitaorang balik dari Melaka. Tempat yang kitaorang tuju adalah Wet World Resort Air Panas Pedas. Wah, kalau dengar nama bukan main catchy lagi tempat ini. Berlokasikan berhampiran dengan Exit Pedas/Linggi dari Lebuhraya PLUS, perjalanan ke lokasi hanyalah memakan masa sekitar 5minit memandu sahaja. Kalau yang dari Senawang melalui jalan lama, masa yang diperlukan adalah lebih kurang 15minit. Memang dekat.
Sewaktu kitaorang sampai, sekitar jam 12.00 tengahari boleh tahan ramai juga kereta di ruangan parkir. Sebaik sahaja kereta Daddy diparkir, ternyata Adra tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan girang Adra. Bukan kepalang girang di hati. Segera Adra menarik tangan Daddy & Mama untuk ke kaunter tiket. Harga untuk tiket adalah RM12 bagi dewasa manakala bagi kanak-kanak yang telah melepasi tinggi 185cm dikehendaki membayar RM10. Oklah kan, tidaklah terlalu mahal. Usai urusan di kaunter tiket selesai kitaorang segera untuk menuju untuk masuk ke dalam sebelum habis beg diperiksa dibimbangi pengunjung membawa masuk bekalan makanan dari luar.
Masuk sahaja ke dalam kawasan tempat permandian, Adra langsung jadi tak tentu arah. Tak tahu nak tuju tempat yang mana satu. Terus sahaja Daddy memimpin tangan Adra untuk menuju ke tempat yang sepatutnya, untuk kanak-kanak. Wet World Pedas ini bolehlah dikategorikan sebagai sangat sesuai untuk kanak-kanak bermain air dengan riang ria. Seronok betul Adra dibuatnya. Yang sebenarnya kolam mandi untuk kanak-kanak itu bukanlah air panas iya. Untuk kolam air panas, ditempatkan di suatu sudut di bahagian tepi pintu masuk, setakat nak rendam-rendam kaki bolehlah barangkali. Untuk yang jenis mandi-manda airnya tidaklah panas. Cuma cuacanya sahaja yang boleh tahan panas.
Memandangkan waktu kitaorang sampai memang betul-betul waktu tengahari, maka rasa kelaparan yang wujud memang tidak boleh dinafikan sama sekali. Lebih kurang sejam bermain air, Adra mengajak Daddy & Mama untuk segera ke restoran yang terdapat di dalam kawasan Wet Word Pedas ini. Memandangkan hanya terdapat satu sahaja restoran, maka harga premium yang perlu dibayar adalah menjadi mandatori buat semua pengunjung. Adra hanya memesan Nugget Ayam jenis Pasar Malam punya tapi pada aras harga yang bukan Pasar Malam. Nak buat macam mana kan, dah lapar. Makan sahajalah.
Memandangkan perut pun dah kenyang, badan pun dah letih bermain air, maka secara tidak langsung perasaan mengantuk hadir tanpa diundang. Walaupun hati Adra ini meronta-ronta untuk bermain air sekali lagi. Mujur Adra berjaya dipujuk supaya untuk menyalin pakaian dan bersiap untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tapi sebelum balik, Adra sempat lagi meminta “upah” sebagai syarat tidak dapat menyambung bermain air tadi..hihi. Masuk sahaja ke dalam kereta, pekena susu terus lelap. Tahu-tahu sahaja dah pun sampai ke rumah. Seperti biasa, penutup kepada entri ini adalah gambar-gambar ketika kejadian berlangsung :) .
Ruangan meletak kereta yang luas
Ruangan meletak kereta yang luas

Homestay Kg. Batang Nyamor, Rembau, N9 [23-24 Nov 2009]


KAMPUNG BATANG NYAMOR, REMBAU, NEGERI SEMBILAN

23 NOVEMBER 2009, ISNIN

Kami bertolak dr UM lebih kurang kul 830a.m. Macam2 halangan & dugaan sebelum pegi tu, masalah bas la...bla bla bla~
tibe kat kg. batang nyamor kul 10.40a.m. Rase amatlah meriah sebab kitorang d sambut dengan dayang2 dari kayangan (melampau sgt la tu kn). :D
xdela..kitorang d sambut dengan iringan bunge manggar & caklempong....memang TERBAEKKK la. rase meriah sangat.



ade la sesi pengenalan then sesi penyerahan kpd femli hangkat masing2. 2 orang peserta 1 rumah.

Saye telah d serahkan kepade Hjh. Salbiah. belakang rumah dia ade kebun getah & 1 kawasan lapang tempat lombu & ayam berlegar2. hehe~ serunuk2



tengahari tu kami d hidangkan dengan PUYUH MASAK LOMAK CILI API & PUCUK UBI MASAK TEMPOYAK yg agak pedas tapi SEDAP TERBAEKKK!! :)
Aku, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku belajar masak lemang. Of course la semasa dalam sesi pertama pembelajaran, lemang yang aku masak rentung-rentung belaka! Ada la 3-4 batang lemang yang selamat daripada rentung ( tu pun adik ipar ngan abang ipar aku yang jaga api ).. :)

Operasi masak lemang.. (20 minit sebelum ada yang rentung)

So, malam raya tu bila bergema takbir raya.. aku lari masuk bilik air konon-konon nak mandi (lagi) padahal tak dapat nak tahan lelehan air mata daripada terus mengalir sebab pertama kali tak dapat raya dengan family kat kampung di Perak.

Lepas semayang sunat hari raya, tradisi ziarah pusara arwah uwan, atok dan sanak saudara kat tanah perkuburan islam kat kampung Chembong kemudian baru pergi kunjung-mengunjung ke rumah induk-induk dan rumah pak cik mak cik yang lain.

Masa nak pergi ke rumah induk tu, ada la signboard jalan tulis direction ke Tampin. Dan, ada jugak tertulis nama Mampong Mampat. Bongek, Chengkau. Dalam hati aku cakap,

"Apa punya nama kampung daa..heheh....lawak..lawak..."

First Impression buat 'orang luar' macam aku, memang aku gelak sakan. Tapi gelak dalam hati la.. kalau gelak kuat-kuat kang kecik plak hati isteri tersayang. Aku tahan ketawa! Serius!

Haa, ini le signboard nak ke Chengkau..hi hi

Bila sampai ke rumah Uwan, berlakulah perbualan ini...

Makcik : hah, sampai pun ko kek umah den ni haa..!! Meh la masuk. Apo lak yang torcogat macam  RoboCop yo kek luar nun..!

Mak Mertua aku : Tunggu oghang jomput 'an baghu lah buleh masuk 'ai...

Makcik : masuk yo lah.. Bukannyo ghumah sapo pun..masuk copek ni haa, kang ado lak yang pensan dahago air lak 'ai ni kang..

Mak Mertua aku : Haa, yo lah...

Kitorang semua pun masuk dan terus duduk kat meja makan.. Bau lemang ngan rendang terus menusuk hidung..Bestnya bau lemang...aku mula terliur....

Mak mertua aku : Lomang ni ekau buek senighi ko? Nampak sodap yo...

makcik : Ish, tak lah..abg ajis kau yang boli tu...!

mak mertua : Oowhh..boli....

Makcik : ghondang yo yang buek senighi...

aku dengan selamba, melahap dah lemang tu, cicah plak dengan rendang..pergghhh! sedap giler..!!

Mak mertua aku : kek mano boli lomang ni?

Makcik : alaaa, boli kek Penajis tu haa....

Bila dengar makcik tu kata beli kat Penajis, serta-merta aku tersedak dan rasa mual nak muntah sebab aku membayangkan lemang tu dibuat daripada tempat yang dikelilingi oleh najis. Dalam hati, aku cakap...

"Abis la hang kali ni, Nan... Hang dah makan lemang taik...!!"

Aku senggol wife aku dengan siku, aku tanya...

"Lemang ni dibuat daripada taik ke?", aku mula musykil dengan lemang ni..

"Hish, mengarut je!!Lemang tu macam biasa la santan, pulut. Mana datang taik pulak..?", Wife aku tanya dengan hangin.

"tu tadi, makcik cakap lemang penajis!", Aku bertanya dengan nada agak kuat bercampur hairan. Dan, aku rasa makcik tu dengar apa yang aku cakap.

"Hoi, Abi! Penajis tu nama tempat la..!!", wife aku sound.

Signboard ke Penajis.. 

"Eh, ye ke..?Hehehe...tak jadi la nak muntah", makcik tu menjeling je kat aku.. jeling ada makna tu...

Sebelum nak balik tu, makcik ada sound tapi cakap slow je. Dia kata....

'Kok kalau dah kawen dengan anak daro oghang nogori semilan, kono la bolaja serbo-serbi pasal adat, budayo, tompek ngan bahaso yo......", ayat dia pendek tapi pedih!

Moral of the story? Korang pandai-pandai la ambik iktibar yo..

(induk = merujuk kepada mak sedara (anak perempuan) yang sulung/ maklong)
Kali ni aku nak update tentang pendakian aku dan budak2 ofis ke Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan pada 6 Mei 2012 lepas. Sebenarnya akupun tak sangka boleh join diaorang ni. Entah bila masa aku registerpun dah lupa. Sedar-sedar aku dah ada atas bas menuju ke sini,haha. Seramai 35 orang join program kali ni. Semua gambar dalam trip ni aku gunakan kamera lama aku D80 dan lens fisheye 10.5mm sahaja. Semua gambar ni unedited, bukan ada orang nak bayarpun :)



Kalau ikutkan papan tanda ni diaorang cakap Dato’ Pepatih adakan meeting kat atas ni pada tahun 1372 masihi. Betul ataupun tidak Allahua’lam. Tapi kalau aku memang takde kerja nak naik tinggi2 buat meeting sedangkan kalau kat kaki gunung pun takde orang nak mengintai sebab hutan belantara semuanya.
Untuk ke sini korang just keluar persimpangan Pedas/Linggi dari highway Utara Selatan dan follow signboard ke Rembau. Pertama kali den sampai kek Rombau. Pastu adalah papan tanda ke Gunung Datuk. Kalau tak jumpa tanya je orang tepi jalan. Nak mendaki, kena bayar RM3 sebelum panjat. Ada juga orang sengal yang tak bayar terus naik tapi tak patutlah. Diaorang juga perlukan duit nak operasikan tempat ni. Utiliti dan kebersihan juga perlukan kos. RM3 pun berkira!



Thursday, 7 November 2013

TEMPAT MENARIK DI REMBAU

               CENDOL MADU REMBAU
kedai mudah di cari




singgah la di Cendol Madu Rembau.. Cendol ni pun sangat dadapp..lain dry g lain.. isi cendol yg hijau tu dia buat sendri..walaupun saiznya agak montel, tp tekstur nya lembut n kenyal2 gitu..rasanya cukup lemak & tak terlalu manis                                                                                                                         
.
sedapnyeeeee!!!!!!
REMBAU merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang banyak menyimpan sejarah kedatangan orang-orang Minangkabau di Negeri Sembilan. Malah Rembau menjadi tempat berkumpulnya orang-orang Minangkabau untuk memulakan penghidupan baru di tanah melayu.

Nama Rembau diambil dari nama sejenis pokok yang bernama Merbau. Kisah bermula apabila sekumpulan orang asli terjumpa sebatang pokok Merbau yang amat besar dan tinggi menjulang. Pokok tersebut tumbuh di kaki Gunung Datok. Adapun Gunung Datok itu banyak menyimpan kisah sejarah dan kini orang ramai suka mendakinya sebagai salah satu aktiviti mendaki gunung.

Nama Rembau bermula dari peristiwa sekumpulan orang-orang asli yang diketuai oleh Batin Sekudai hendak membuat penempatan baru dikaki Gunung Datok. Semasa membuat kerja menebas dan menebang dalam usaha membersihkan kawasan tersebut mereka terjumpa sebatang pokok yang amat besar dan tinggi menjulang. Setelah bebincang akhirnya mereka membuat keputusan menebang pokok Merbau itu kerana kawasan tersebut hendak dijadikan tempat kediaman. Mereka bimbang pokok yang besar itu akan membahayakan keselamatan mereka.