web widgets

Thursday, 14 November 2013

Kali ni aku nak update tentang pendakian aku dan budak2 ofis ke Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan pada 6 Mei 2012 lepas. Sebenarnya akupun tak sangka boleh join diaorang ni. Entah bila masa aku registerpun dah lupa. Sedar-sedar aku dah ada atas bas menuju ke sini,haha. Seramai 35 orang join program kali ni. Semua gambar dalam trip ni aku gunakan kamera lama aku D80 dan lens fisheye 10.5mm sahaja. Semua gambar ni unedited, bukan ada orang nak bayarpun :)



Kalau ikutkan papan tanda ni diaorang cakap Dato’ Pepatih adakan meeting kat atas ni pada tahun 1372 masihi. Betul ataupun tidak Allahua’lam. Tapi kalau aku memang takde kerja nak naik tinggi2 buat meeting sedangkan kalau kat kaki gunung pun takde orang nak mengintai sebab hutan belantara semuanya.
Untuk ke sini korang just keluar persimpangan Pedas/Linggi dari highway Utara Selatan dan follow signboard ke Rembau. Pertama kali den sampai kek Rombau. Pastu adalah papan tanda ke Gunung Datuk. Kalau tak jumpa tanya je orang tepi jalan. Nak mendaki, kena bayar RM3 sebelum panjat. Ada juga orang sengal yang tak bayar terus naik tapi tak patutlah. Diaorang juga perlukan duit nak operasikan tempat ni. Utiliti dan kebersihan juga perlukan kos. RM3 pun berkira!



No comments:

Post a Comment